Monday, May 21, 2018

Buffet Ramadhan 2018 Area Wangsa Melawati




Assalamualaikum & selamat menyambut bulan Ramadhan.


MINGGU PERTAMA RAMADHAN

Haha, alhamdulillah, bulan Ramadhan ni, rezeki begitu murah buat saya & rakan2 serumah.
Dapat tugasan pun, yang melibatkan masjid juga.

Ok, perkara yang paling menyeronokkan bagi orang yang berpuasa adalah pada saat berbuka puasa.
Lebih-lebih lagi bila berbuka bersama insan yang sentiasa bersama kita susah & senang.
Dalam kes saya, rakan serumah la...hihi.

Pada hari Ahad, 20 Mei 2018, saya & kawan-kawan serumah agak kebosanan di rumah.
Jadi kami memutuskan untuk pergi ke Wangsa Walk (shopping complex) untuk menghabiskan masa serta 'window shopping' pakaian raya.

Tengok wayang, dah pasti. Hihi.

Akhirnya, jam sudah menunjukkan 6.30 petang.
Erm...kami jarang keluar dapat keluar bersama.
Jadi, kami bercadang nak makan yang special kali ni.



"Jom kita makan buffet Ramadhan, nak?
Masakan ala melayu, harga murah.
Paling best, jarak 2 minit jer dengan Wangsa Walk ni.", kata saya.

"Jom ajer....bila lagi nak makan puas-puas, kan.
Buffet Ramadhan lak tu.
Harga berapa...?", tanya kawan kami, jurutera Astro.

"Haha, harga memang best.
RM 19.90 jer untuk buffet Ramadhan dewasa.
Ada dalam 30++ juadah berbuka.
Mana nak cari murah macam ni, kan...
Jom la...sempat lagi ni...", kata saya.



Jadi, kami pun mula ke Kafe Enak Rasa. guna Google Maps pun jumpa.
Lokasi memang sangat dekat pun dengan Wangsa Walk.





PENGALAMAN DI KAFE ENAK RASA, WANGSA MELAWATI

Akhirnya...tiba juga.
Jam 6.40 petang.
Masa ni, meja tempat duduk hanya tinggal beberapa sahaja yang kosong.
Kafe ni, mampu tampung 150 pax untuk sekali event buffet Ramadhan.

Kami cepat-cepat cop meja makan.
Haha, bukan senang dapat peluang.
Lambat, melepas.





Jam 6.45 petang, dah boleh ambil juadah berbuka.
|Tengok la meja kami, penuh dengan makanan.
Huhu, bau memang sedap.
Lagi-lagi ikan keli berlada tu...pergh.......terliur.....


Ini antara menu buffet Ramadhan Enak Rasa kami hari ni:-


HIDANGAN SAMPINGAN


Sup tulang

Ulam ulaman

Sambal (4 jenis)

Kerabu mangga

Kerabu suhun





HIDANGAN UTAMA



Nasi putih

Mee goreng

Ayam goreng mamak
Ayam percik timur
Ikan keli berlada
Ikan 3 rasa
Daging gulai kawah
Masak lemak rebung
Siput sedut kam heong
Sayur
Kubis goreng hati ayam
Pad choi oyster sauce


PENCUCI MULUT

Agar2 santan
Murtabak
3 jenis kuih melayu

Harga : RM19.90 per pax
Lokasi : Cafe Enak Rasa Wangsa Melawati 
Masa : 6.00 - 8.30pm (Setiap hari)


*** p/s : menu berubah setiap hari.



KELEBIHAN LOKASI KAFE ENAK RASA

- cuma berjarak 2 minit sahaja dari Wangsa Walk.
- di hadapannya ialah Masjid al-Muttaqin.
- bersebelahan masjid pula, adanya Bazaar Ramadhan.
- kemudahan parking kereta yang banyak dan percuma.
- bersebelahan dobi. Sambil berbuka, bolehla menunggu pakaian siap dibasuh. Hihi.











VIDEO




UNTUK TEMPAHAN

Untuk pertanyaan atau tempahan, segera hubungi no di bawah, yer.....

PUAN SALMI
010-225 0734
010-225 0734
010-225 0734