Assalamualaikum w.b.t.
Haha, bila tengok gambar di atas, pasti ada yang teringat pada 'baby' dengan gelagat mereka yang mudah terlelap.
Kurangnya tidur, menyebabkan tubuh kita tidak bersedia untuk menghadapi hari esok.
Tenaga berkurangan, malah emosi cepat terganggu.
Kadang kala, menyebabkan hubungan kita dengan orang yang tersayang pun terganggu.
Ini akan menyebabkan masalah kecil bertambah menjadi lebih besar, hanya kerana kurangnya tidur yang cukup.
Berikut adalah beberapa tips khas untuk mereka yang berkenaan, mudah lagi 'sedap' untuk dinikmati.
# SUSU COKLAT
Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari
adalah susu coklat.
Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut
dan menenangkan saraf.
# TEH PUDINA
Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan
membantu anda tidur seperti bayi.
Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.
# TEH CHAMOMILE
Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat
untuk dinikmati satu jam sebelum tidur.
Teh ini membantu untuk menenangkan
saraf dan mengurangkan tekanan.
# KOKO
Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang
masa kebanyakan orang.
Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.
# SUSU HANGAT
Beralih ke susu hangat jika susah tidur.
Tambah satu sudu
penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan
merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata.
Selain itu, ia dikatakan membantu
seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.
# SUSU KACANG BADAM (ALMOND)
Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk
mendapatkan tidur yang cukup.
# TEH HALIA
Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu
menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.
***********************************************
Susah tidur malam ?
Semoga info di atas akan memberi manfaat pada mereka yang memerlukan.
Insya-Allah.